[INTERVIU] AZAM atasi cabaran kewangan usahawan asnaf

Iklan
Program Pembiayaan Mikro Zakat (Azam) merupakan program inovasi dana sosial bagi membantu para usahawan dalam kalangan asnaf dengan menggunakan dana zakat.

Ketua Pegawai Eksekutif Alliance Islamic Bank Berhad, Rizal IL-Ehzan Fadil Azim berkata, program yang bermula Disember tahun lalu itu dijalankan dengan kerjasama Amanah Ikhtiar Malaysia dan Lembaga Zakat Selangor.