Pekan Kuala Nerang dilanda banjir kilat

Iklan
Beberapa kawasan di daerah Padang Terap mengalami banjir kilat susulan hujan lebat. Foto Facebook Ustaz Nurul Amin Hamid

ALOR SETAR - Beberapa kawasan di daerah Padang Terap mengalami banjir kilat susulan hujan lebat selama kira-kira dua jam malam ini.

Berdasarkan beberapa video yang dikongsikan di media sosial, kawasan premis perniagaan di Pekan Kuala Nerang dilaporkan ditenggelami air, termasuk pekarangan Hospital Kuala Nerang

Iklan
Iklan

Situasi itu turut dikongsi oleh Ahli Parlimen Padang Terap, Nurul Amin Hamid di akaun Facebook beliau dengan menyertakan beberapa keping gambar keadaan banjir di Pekan Kuala Nerang.

"Padang Terap mula banjir malam ni, Pekan Kuala Nerang banyak air naik, doakan kami,” tulis beliau. - Bernama

Iklan
Iklan