15 pelombong maut, 25 terperangkap dalam tanah runtuh di Sumatera Barat

Iklan
Pihak berkuasa Indonesia mengesahkan 15 pelombong maut dalam kejadian tanah runtuh yang melanda kawasan perlombongan haram di daerah Solok, wilayah Sumatera Barat pada Khamis. Gambar hiasan

JAKARTA - Pihak berkuasa Indonesia mengesahkan 15 pelombong maut dalam kejadian tanah runtuh yang melanda kawasan perlombongan haram di daerah Solok, wilayah Sumatera Barat pada Khamis.

Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Negara, Abdul Muhari berkata, empat mayat telah dipindahkan setakat ini, manakala tiga mangsa yang cedera diselamatkan dan tujuh lagi masih dicari.

Iklan
Iklan

"Kejadian di Nagari Sungai Abu, mukim Hiliran Gumanti berlaku selepas hujan lebat di kawasan perlombongan haram yang menjejaskan kestabilan tanah," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Ketua Agensi Pengurusan Bencana Wilayah Solok (BPBD), Irwan Efendi, usaha mengesan mangsa yang terselamat telah dihalang oleh pelbagai cabaran, termasuk kekurangan isyarat telefon bimbit di kawasan itu.

Iklan

Tanah runtuh berlaku pada 5 petang, Khamis, tetapi operasi mencari di tapak itu - lapan jam berjalan kaki kerana tiada akses kenderaan - tidak bermula sehingga Jumaat pukul 3 pagi waktu tempatan, dijalankan oleh penduduk tempatan dan penyelamat dengan sumber terhad.

"Tapak tanah runtuh terletak di sebuah lubang lombong lama yang telah ditinggalkan oleh pelombong sebelumnya,” tambah Irwan. - Bernama

Iklan