JURULATIH Atletico Madrid, Diego Simeone berpuas hati dengan prestasi pertahanan Colchoneros selepas kemenangan 1-0 ke atas Celta Vigo dalam LaLiga pada Jumaat.
Namun pengendali kelahiran Argentina itu menuntut tiga mata diraih di laman lawan, Estadio de Balaidos dijelmakan dengan mencipta lebih banyak peluang dalam perlawanan selepas ini.
Atletico mengekalkan satu lagi rekod bersih untuk mengukuhkan status sebagai pasukan pertahanan terbaik dalam La Liga apabila hanya melepaskan tiga gol dalam tujuh perlawanan musim ini.
Skuad Simeone berjaya melakukan dua percubaan ke sasaran penghujung permainan untuk menyelamatkan ketiga-tiga mata hasil jaringan Julian Alvarez di Celta, yang tidak tewas di sepanjang tujuh bulan di Estadio de Balaidos.
"Kami telah bekerja dengan baik, tetapi kami perlu memperbaiki serangan kami. Pada separuh masa pertama kami beraksi dengan baik di bahagian pertahanan tetapi kami tidak mencipta peluang untuk meletakkan pemain kami di depan gawang.
"Terdapat persembahan pertahanan yang jauh lebih baik, kami masih belum menemui kawasan di mana kami boleh bermain lebih baik secara menyerang,” kata Simeone.
Sementara itu, Simeone mengakui gembira dengan persembahan Alvarez, penyerang Angel Correa dan pemain tengah, Rodrigo Riquelme dalam perlawanan tersebut.
"Pada separuh masa kedua, pertukaran menjadikan kami lebih baik, Rodrigo Riquelme, Julian, (Angel) Correa... mereka memberi kami lebih banyak dalam permainan.
"Nasib baik, akhirnya (membantu Antoine) Griezmann dan Julian bertemu antara satu sama lain," kata Simeone.
Atletico menjadi tuan rumah kepada saingan tetangga Real Madrid dalam La Liga pada Isnin.