Jambatan kabel TNB di Bayan Lepas runtuh akibat tidak dapat tampung berat

Iklan
Jambatan kabel TNB di Projek 275kV, Bayan Lepas runtuh akibat struktur binaan yang tidak dapat menampung berat kabel 275kV.

GEORGE TOWN - Jambatan kabel (cable bridge) Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Projek 275kV, Bayan Lepas runtuh akibat struktur binaan yang tidak dapat menampung berat kabel 275kV.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri, Zairil Khir Johari berkata, kejadian berlaku di Cable Bridge nombor satu di kawasan syarikat Motorola, sebahagian daripada projek yang menghala ke syarikat Intel di sini, semalam.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, beliau berkata, TNB telah mengambil tindakan segera dengan menarik keluar kabel, membuka semula pepasangan kabel dan menambah cerucuk (piling) di tengah untuk menambah kekuatan cable bridge berkenaan.

"Pihak projek grid TNB telah memaklumkan kepada Intel mengenai masalah ini. Projek ini dijangka memulakan tugas semula pada akhir November 2024,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Iklan

Terdahulu, beberapa keping gambar runtuhan tersebut tular di media sosial. - Bernama

Iklan