GISBH: Jawatankuasa Fatwa MKI hanya akan keluar pandangan hukum

Iklan
Mohd Na’im berucap pada Majlis Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Ke-41 bagi Musim Haji 1446H pada malam Jumaat. Foto Bernama

KOTA BHARU - Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Fatwa MKI) hanya akan mengeluarkan pandangan hukum mengenai GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) dan bukan fatwa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Beliau menjelaskan bahawa fatwa berkaitan GISBH akan diputuskan oleh setiap negeri di negeri masing-masing.

Iklan
Iklan

Katanya, Jawatankuasa Fatwa MKI telah selesai membincangkan isu GISBH, dan hasil perbincangan itu akan dibawa kepada Majlis Raja-Raja.

"Perkara itu akan dibawa ke Majlis Raja-Raja pada 23 dan 24 Oktober depan untuk mendapat perkenan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Ke-41 Musim Haji 1446H di sini malam tadi.

Iklan

Pada 11 September lepas, menerusi Op Global, polis mengadakan serbuan terhadap 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan yang dikaitkan dengan GISBH kerana didakwa terlibat dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak serta agama.

Serbuan itu mendedahkan kes pengabaian dan penganiayaan, yang membawa kepada penahanan beberapa individu yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

Iklan

Sejak Op Global bermula, lebih 300 individu termasuk pengurusan tertinggi GISBH ditahan dan 572 mangsa telah diselamatkan. - Bernama