Tempuh 217km meriahkan Jualan Gudang Karangkraf 2024

Iklan
Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh, Perak turut bersama-sama memeriahkan Jualan Gudang Karangkraf 2024.

SHAH ALAM - Sambutan Jualan Gudang Karangkraf 2024 turut dimeriahkan dengan kehadiran seramai 39 pelajar dan enam guru pengiring dari Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh, Perak.

Guru Kanan Bahasa, Zaihasra Md Nasir berkata, perjalanan sejauh 217 kilometer ke jualan gudang itu adalah sebahagian daripada program sekolah iaitu Rehlah Minda.

Iklan
Iklan

Zaihasra

Menurutnya, program berkenaan diadakan adalah untuk meraikan pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam Bahasa Melayu serta Kesusasteraan Melayu dan Komunikatif.

Iklan

"Tujuan pihak sekolah membawa pelajar ke sini kerana mahu memupuk budaya membaca sekali gus membantu mereka memperoleh idea dalam penulisan.

"Menerusi pembacaan, kita dapat belajar banyak perkara. Antaranya dari aspek tatabahasa, penggunaan ayat dan pengumpulan idea untuk berkarya,” katanya ketika ditemui di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Jumaat.

Iklan

Seramai 39 pelajar dari Sekolah Raja Perempuan Taayah hadir ke jualan gudang menerusi program Rehlah Minda.

Sebelum ini ketika sekolah mengadakan Karnival Bahasa, Zaihasra memaklumkan Karangkraf adalah salah satu organisasi yang membuka reruai.

Zaihasra berkata, reruai itu ternyata mendapat sambutan yang menggalakkan kerana kebanyakan pelajar dan guru bersama-sama merebut peluang untuk mendapat naskhah keluaran Karangkraf.

"Melihat kepada sambutan itu, kami (guru-guru) mengambil kesempatan untuk membawa pelajar ini ke Jualan Gudang Karangkraf 2024,” katanya.