'Bukan sahaja AS tapi dengan semua mata wang di rantau ini'
Iklan
SHAH ALAM - Prestasi ringgit bukan sahaja mengukuh berbanding dolar AS tetapi juga dengan semua mata wang di rantau ini.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, malah pada ketika ini, ringgit juga sedang mencari nilai imbang yang sepatutnya bagi terus mengukuhkan nilainya pada masa hadapan.