Perluas larangan beg plastik kepada penjaja, peniaga

Iklan
Pihak berkaitan perlu memperluas penguatkuasaan larangan penggunaan beg plastik sekali guna, botol, polistirena serta penyedut minuman kepada penjaja dan peniaga pasar malam. Foto 123rf (Gambar kecil: Ahmad)

SHAH ALAM - Pihak berkaitan perlu memperluas penguatkuasaan larangan penggunaan beg plastik sekali guna, botol, polistirena serta penyedut minuman kepada penjaja dan peniaga pasar malam.

Presiden Persatuan Ekologi Malaysia, Profesor Dr Ahmad Ismail berkata, ia bagi merealisasikan dasar pelan hala tuju kerajaan ke arah sifar penggunaan plastik sekali guna pada 2018 hingga 2030.

Iklan
Iklan

"Isu penggunaan plastik sudah banyak dibincangkan di dunia dan Malaysia dikatakan antara yang banyak menyumbang kepada pencemaran.

"Seruan kerajaan dilihat masih gagal kerana kurangnya sokongan daripada masyarakat mungkin kerana pengetahuan, kesedaran dan komitmen dalam gaya hidup,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Iklan

Tambah Ahmad, kajian saintifik sudah menunjukkan plastik sangat merbahaya untuk sistem tubuh badan manusia.

Ujarnya, masyarakat juga perlu diberi kesedaran secara berterusan bagi menjayakan usaha baik kerajaan.

Iklan

Dalam pada itu, tegasnya, pihak berkuasa tempatan (PBT) turut wajar bekerja lebih kuat dalam menguruskan pencemaran plastik.

"Pelanggan mesti bersedia untuk ke pasar raya atau pasar malam membeli belah dengan membawa beg sendiri.

"Pihak pasar raya dan penjaja juga boleh menyediakan beg pasar dengan harga mampu beli dan boleh diguna semula,” katanya.