Wanita melecur ketika redah api

Iklan
Keadaan rumah yang terbakar dalam kejadian di Kampung Langkau, Ranau.

RANAU - Seorang wanita melecur bahagian muka dan tangan ketika meredah api untuk menyelamatkan diri dalam kejadian kebakaran rumah di Kampung Langkau, di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira 4 pagi itu, wanita berusia 47 tahun segera dihantar ke Hospital Ranau untuk diberi rawatan lanjut.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.21 pagi.

Pasukan bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran di Kampung Langkau, Ranau.

"Kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat jenis separuh kekal yang terbakar 80 peratus.

Iklan

"Terdapat seorang wanita melecur pada bahagian muka dan tangan diberi rawatan awal oleh anggota kita dan seterusnya dihantar ke hospital," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Katanya lagi, operasi memadamkan kebakaran segera dilakukan dengan menggunakan sumber air dari jentera dan air terbuka.

Iklan

"Api berjaya dikawal pada jam 5.15 pagi sebelum ditamatkan selepas dua jam kemudian," katanya.