[VIDEO] Pengundi Orang Asli syukur urusan mengundi dipermudahkan

Iklan

KLUANG -"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana urusan dipermudahkan," kata Tok Batin, Mohd Noorsham Abdullah, 49, sejurus selesai membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdul Jalil, pagi tadi.

Menurut Mohd Noor Sham, dia sekeluarga dan beberapa penduduk Kampung yang lain telah bersiap awal sebelum bergerak menaiki 10 buah kereta.

Iklan
Iklan
Sebahagian penduduk Kampung Orang Asli Tanah Runtuh selesai membuang undi, pagi tadi. Foto Sinar Harian/SHAHRIZAL AHMAD ZAINI

"Saya ada empat ahli keluarga yang boleh mengundi, jadi kami berpakat keluar bersama-sama.

"Alhamdulillah, semua urusan dipermudahkan dan saya boleh balik awal untuk bekerja seperti biasa,” katanya.

Mohd Noor Sham. Foto Sinar Harian/SHAHRIZAL AHMAD ZAINI

Iklan

Mohd Noor Sam merupakan antara 64 pengundi Orang Asli dari Kampung Orang Asli Tanah Runtuh selesai mengundi di SMK Sultan Abdul Jalil, 8.15 pagi ini.

Untuk rekod, SMK Sultan Abdul Jalil merupakan antara pusat mengundi paling ramai membabitkan 4,700 pengundi di sembilan saluran.

Radiah. Foto Sinar Harian/SHAHRIZAL AHMAD ZAINI

Iklan

Sementara itu, bagi suri rumah Radiah Shari, 32, dia serta keluarga bangun seawal jam 6 pagi bagi menunaikan tanggungjawab mengundi kali ini.

Katanya, dia bersama beberapa penduduk kampung terbabit tiba di pusat mengundi pada jam 7.30 pagi sebelum memasuki dewan.

"Saya teruja kerana ini kali ketiga saya mengundi dalam tempoh dua tahun selepas PRN (Pilihan Raya Negeri) dan Pilihan Raya Umum (PRU) 2022.

"Yang penting kami dapat tunaikan tanggungjawab untuk memilih calon baru. Kami tidaklah ramai malah kami satu-satunya Orang Asli dalam DUN Mahkota ini," katanya.