Bidoglio akui bukan aksi terbaik JDT

Iklan
Bergson (kanan) diasak pemain Kuching City, Mohamad Arif Fadzilah Abu Bakar pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim pada Jumaat. Foto Bernama

PENGENDALI Johor Darul Ta'zim (JDT), Hector Bidoglio mengakui kurang berpuas hati dengan prestasi dipamerkan pendahulu liga itu ketika menewaskan Kuching City dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim pada Jumaat.

Malah Bidoglio juga tidak berselindung mengakui skuad Harimau Selatan yang juara 10 kali berturut-turut tersebut berdepan kesukaran menewaskan The Cats kendalian Aidil Sharin Sahak.

Iklan
Iklan

Katanya, pemain yang tidak menunjukkan prestasi pada tahap terbaik dalam perlawanan itu perlu memperbaikinya sebelum berdepan kelab China, Shanghai Shenhua FC dalam saingan Kumpulan A Liga Juara-Juara Asia (ACL) Elite di Stadium Sultan Ibrahim, Selasa ini.

"Sememangnya sejak awal lagi kami mengetahui bahawa berdepan Kuching City akan menjadi satu perlawanan yang sukar. JDT menang akhirnya biarpun mungkin bukan satu persembahan terbaik yang kami harapan daripada perlawanan ini.

Iklan

"Biarpun begitu sama seperti sebelum ini sering saya nyatakan bahawa dalam setiap perlawanan kami perlu meningkatkan prestasi dan berkembang.

"Mungkin fokus pemain-pemain pada perlawanan penting itu (bertemu Shanghai Shenhua FC), namun pada padangan saya, kita perlu fokus pada semua perlawanan.

Iklan

"Kami perlu memperbaikinya... Saya tahu apa yang perlu kami perbaiki dalam serangan dan kami perlu kompak ketika bergerak untuk bertahan," katanya selepas perlawanan pada Jumaat.

Penyandang juara JDT sebelum itu dipaksa berhempas pulas ketika menjinakkan Kuching City, 2-1 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Jumaat.

Harimau Selatan merehatkan beberapa pemain utama termasuk penyerang, Bergson Da Silva yang akhirnya dimasukkan menggantikan Enzo Lombardo yang mengalami kecederaan.

JDT hampir merobek gawang Kuching City menerusi Jorge Obregon pada minit ke-39, namun gol itu dibatalkan selepas pemain kelahiran Colombia tersebut berada dalam kedudukan ofsaid untuk kedudukan tanpa jaringan menuju ke penamat separuh masa pertama.

Separuh masa kedua, Harimau Selatan meningkat intensiti serangan berjaya memimpin perlawanan hasil tandukan Bergson yang menyempurnakan hantaran lintang Arif Aiman Hanapi pada minit ke-48 menewaskan Shahril Sa'ari

Gol tersebut membarakan jentera serangan Harimau Selatan yang kemudiannya menyaksikan Obregon berpeluang melebarkan kedudukan pasukan tuan rumah minit ke-52 sebelum dinafikan kerana ofsaid.

JDT kemudian menggandakan kedudukan apabila pemain kelahiran Sepanyol, Juan Muniz Gallego menyudahkan sentuhan Bergson pada minit ke-82 menewaskan Shahril buat kali kedua.

The Cats yang tidak mengalah akhirnya berjaya mengurangkan defisit menerusi pemain gantiannya kelahiran Brazil, Luiz Fernando Barnaske Welter minit ke-86 menewaskan Ahmad Syihan Hazmi Mohamed.

Tiga mata itu menyaksikan JDT terus unggul memimpin liga dengan mengumpul 31 mata selepas mengharungi 11 aksi, sambil diekori rapat Selangor FC dengan 22 mata yang kurang satu perlawanan.