Ratusan GRO cuba lari elak dicekup

Iklan
Antara individu warga asing yang diperiksa dalam serbuan di sebuah pusat hiburan dekat ibu kota pada Sabtu.

KUALA LUMPUR - Suasana di sebuah pusat hiburan di sini bertukar kecoh apabila ratusan wanita warga asing dipercayai berkhidmat sebagai pelayan pelanggan (GRO) cuba melarikan diri dalam serbuan pada Sabtu.

Bagaimanapun, cubaan kesemua gadis pelayan terbabit berjaya dipatahkan pihak berkuasa.

Iklan
Iklan

Pelbagai helah turut digunakan wanita warga asing terbabit bagi mengelak daripada diberkas antaranya menyorok di bawah meja, almari, di laluan-laluan sempit dan di bawah pentas.

Premis hiburan yang beroperasi kira-kira dua bulan itu dipercayai menggunakan modus operandi pelanggan membayar tip serendah RM100, RM300, RM500, RM1,000, RM5,000, RM10,000 dan paling tinggi RM100,000 bagi mendapatkan khidmat gadis pelayan terbabit.

Iklan

Nilai tip berkenaan tertera pada kalungan bunga yang dipercayai dikalungkan pelanggan kepada gadis-gadis pelayan itu.

Wan Mohammed Saupee

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, operasi dijalankan pegawai dan anggota dari Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur kira-kira jam 11.45 malam.

Iklan

Beliau berkata, operasi dijalankan susulan aduan awam berikutan kurang senang dengan aktiviti hiburan hingga awal pagi sehingga mengganggu masyarakat setempat.

"Seramai 350 individu diperiksa dalam serbuan itu terdiri daripada pengunjung, penyelia, pekerja warga asing dan tempatan.

Antara individu warga asing yang diperiksa dalam serbuan di sebuah pusat hiburan dekat ibu kota pada Sabtu.

"Serbuan berkenaan kemudiannya menahan seorang lelaki dan 113 wanita warga Thailand, wanita Vietnam (12), wanita Laos (1), wanita Filipina (1) dan lelaki Bangladesh (27)," katanya pada Sabtu.

Katanya, kesemua individu terbabit yang berumur 21 hingga 60 tahun ditahan bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1969/63.

"Risikan dijalankan selama dua minggu mendapati premis terbabit menyajikan gadis-gadis dari negara jiran terutama warga Thailand kepada pelanggan.

"Pemeriksaan dijalankan turut mendapati pelbagai kesalahan imigresen dikesan antaranya melibatkan pas lawatan serta pasport," katanya.