TNB segera baiki jambatan kabel runtuh, tiada gangguan bekalan elektrik

Iklan
Sebahagian jambatan kabel yang runtuh di tapak projek kabel bawah tanah 275kV dari Pencawang Masuk Utama (PMU) Bayan Lepas ke PMU Intel.

GEORGE TOWN - Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengambil tindakan segera untuk membaiki sebahagian jambatan kabel yang runtuh di tapak projek kabel bawah tanah 275kV dari Pencawang Masuk Utama (PMU) Bayan Lepas ke PMU Intel.

TNB dalam kenyataannya berkata, tiada gangguan bekalan elektrik berlaku kerana ia adalah projek baharu yang belum mula tugas.

Iklan
Iklan

TNB turut mengesahkan tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut.

"TNB mengambil maklum insiden melibatkan jambatan kabel yang sebahagiannya runtuh pada awal pagi 26 September lalu.

Iklan

"Kerja-kerja memperkukuh jambatan kabel sedang giat dijalankan termasuk penambahan cerucuk di bahagian tengah bagi meningkatkan kekuatan struktur," katanya pada Sabtu.

Kejadian tersebut disebabkan struktur binaan yang tidak dapat menampung berat kabel 275kV.

Selain itu, TNB juga memberi jaminan bahawa projek tersebut akan disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.

Iklan

"Siasatan lanjut akan dijalankan untuk mengenal pasti punca runtuhan dan merangka pelan mitigasi bagi mengelakkan kejadian serupa pada masa hadapan.

"Pihak Intel telah dimaklumkan mengenai situasi tersebut dan TNB memberi jaminan bahawa insiden itu tidak menjejaskan projek-projek lain di Pulau Pinang," katanya.

Pada Jumaat, Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri, Zairil Khir Johari mengesahkan kejadian tersebut disebabkan struktur binaan yang tidak dapat menampung berat kabel 275kV.

Kata Zairil, kejadian berlaku di Cable Bridge nombor satu di kawasan syarikat Motorola, sebahagian daripada projek yang menghala ke syarikat Intel di sini.

Bagaimanapun, beliau berkata, TNB telah mengambil tindakan segera dengan menarik keluar kabel, membuka semula pepasangan kabel dan menambah cerucuk (piling) di tengah untuk menambah kekuatan jambatan kabel berkenaan.