Proses mengundi PRK Mahkota berjalan lancar - Polis

Iklan

Proses mengundi PRK Mahkota berjalan lancar - Polis

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota setakat ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Iklan
Iklan

Menurutnya, berdasarkan tinjauan beliau di beberapa Pusat Daerah Mengundi (PDM) setakat jam 10 pagi ini, proses pengundian juga berjalan lancar dan terkawal.

Kumar turut menggesa pengundi yang belum melaksanakan tanggungjawab memilih untuk segera berbuat demikian memandangkan cuaca pada sebelah petang diramal hujan.

Iklan

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/688062/berita/politik/proses-mengundi-prk-mahkota-berjalan-lancar---polis

#SinarHarian #BeritaSemasa #PRKDunMahkota #PilihanRayaKecil #Polis #Kluang

Iklan