GISBH tidak pernah bayar zakat - LZS

Iklan
GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) bukan sahaja tidak membayar cukai tetapi tidak pernah membuat sebarang bayaran zakat di Lembaga Zakat Selangor (LZS).

SHAH ALAM - GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) bukan sahaja tidak membayar cukai tetapi tidak pernah membuat sebarang bayaran zakat di Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Perkara itu disahkan oleh Ketua Divisyen Kutipan LZS, Muhd Fikri Naim Harun yang memaklumkan, tiada rekod pembayaran zakat diterima daripada GISBH termasuk 20 anak syarikat di bawahnya.

Iklan
Iklan

"Saya boleh sahkan selepas semakan dibuat, GISBH termasuk anak-anak syarikat tersenarai di bawahnya tidak pernah membayar sebarang zakat di LZS.

"Kita tidak dapat membuat anggaran jumlah zakat yang perlu dibayar memandangkan LZS tiada maklumat aset dan liabiliti syarikat tersebut untuk membuat kiraan," katanya ditemui pada Karnival Zakat Selangor di Dataran Karnival pekarangan Stadium Shah Alam di sini pada Sabtu.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas status pembayaran zakat GISBH di LZS.

Rabu lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mendedahkan kolaborasi siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mendapati GISBH tidak pernah membayar cukai yang berkaitan.

Iklan

Katanya, syarikat tersebut tidak tercicir diberikan dakwah kutipan daripada LZS.

"Dakwah LZS pergi ke merata tempat dan tidak terkecuali pergi ke syarikat di bawah GISBH untuk menjalankan dakwah kutipan.

"Cuma setakat ini masih tiada zakat yang diterima daripada syarikat tersebut," katanya.

Ujarnya, di bawah peraturan zakat dan fitrah, Enakmen Jenayah Syariah seseorang individu yang dengan sengaja atau tidak membayar zakat ke LZS boleh dijatuhkan tiga tahun penjara atau RM5,000.

"Bagaimanapun, LZS tidak boleh menguatkuasakan undang-undang itu sekarang kerana dinasihatkan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk meneruskan aktiviti dakwah.

"Kita masih mengekalkan 'h' di belakang dakwah sehingga dibenarkan menggugurkan 'h', kemudian barulah LZS boleh dakwa," katanya.