PRK Mahkota: Calon PN mohon restu ibu mentua sebelum buang undi

Iklan
Mohamad Haizan

KLUANG - Calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar, 61, hadir membuang undi agak lewat di SK Kampung Melayu pada Sabtu.

Menurut Mohd Haizan, dia mengambil keputusan untuk menziarahi ibu mentuanya yang uzur terlebih dahulu sebelum bertolak ke pusat pembuangan undi.

Iklan
Iklan

"Saya melawat ibu mentua saya yang uzur di Simpang Renggam sebelum datang ke pusat mengundi.

"Umurnya (ibu mentua) pun dah 80 lebih, Mestilah saya ziarah dan minta restu," katanya kepada pemberita.

Iklan

Mohd Haizan berkata demikian setelah selesai menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dengan membuang undi di SK Kampong Melayu, di sini pada Sabtu.

Untuk rekod, Mohamad Haizan tiba di pusat mengundi berkenaan sekitar jam 10 pagi sebelum selesai menjalani proses mengundi kira-kira 15 minit kemudian.

Mohamad Haizan memasukkan kertas undi ke peti undi sambil dibantu petugas SPR.

Iklan

Hadir sama, Yang Di-pertua Pas, Negeri Johor Abdullah Husin.

Sementara itu Mohamad Haizan atau lebih dikenali sebagai 'Coach Haizan', gembira kerana proses pengundian dilihat berjalan lancar setakat ini.

Katanya, suasana sedemikian perlulah dikekalkan sehingga tamat tempoh waktu mengundi iaitu pada jam 6 petang nanti.

"Saya harap semua pengundi di luar Mahkota dapat pulang untuk mengundi dan harap situasi baik ini akan kekal sehingga tamat waktu mengundi nanti.

"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua jentera parti, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), rakan-rakan media dan semua pihak yang terlibat pada PRK kali ini," katanya.

Untuk rekod, Mohamad Haizan akan menentang calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah pda PRK kali ini yang diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 64, pada 2 Ogos lalu.