PRK Mahkota: SPR jangka umum keputusan 9 malam ini

Iklan
Ramlan. Foto Bernama

KLUANG - Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dijangka diperolehi seawal jam 9 malam ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata, ia berdasarkan kemudahan logistik dan lokasi pusat pengundi yang berhampiran dengan bandar.

Iklan
Iklan

"Di Kluang ini logistik agak mudah, tempat mengundi berhampiran dengan kawasan bandar.

Ramlan (kanan) beramah mesra bersama petugas SPR ketika meninjau proses undi bagi PRK Mahkota di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim pada Sabtu. Foto Bernama

"Jadi kita jangkakan (keputusan) dalam jam 9 malam. Insya-ALLAH kita cuba buat," katanya ketika sidang media selepas meninjau pusat mengundi Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini pada Sabtu.

Iklan

PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 64, pada 2 Ogos lalu.

Ia menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah dengan calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar.

Iklan

Pada pilihan raya negeri 2022, Sharifah Azizah menang dengan majoriti 5,166 undi dalam persaingan empat penjuru, melibatkan calon Pakatan Harapan (PH), PN dan Warisan.

Dapatkan liputan komprehensif sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di sini!.