Keahlian Na'im dalam Bersatu terhenti serta-merta

Iklan
Keahlian Ketua Penerangan Armada Bersatu bahagian Jasin, Na’im Brundage terhenti serta merta.

SHAH ALAM - Keahlian Ketua Penerangan Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bahagian Jasin, Na’im Brundage terhenti serta-merta.

Na'im berkata, perkara itu hanya dimaklumkan kepada pada Jumaat, iaitu sehari sebelum pengumuman calon pemilihan parti itu.

Iklan
Iklan

"Semalam pada 27 September 2024 (Jumaat), saya dimaklumkan bahawa keahlian saya dalam Bersatu telah terhenti secara serta-merta.

"Alasan yang diberikan adalah kerana saya didakwa melanggar Perlembagaan Bersatu pada tahun 2022, ketika saya menyertai parti politik lain," katanya menerusi hantaran di aplikasi X, pada Sabtu.

Iklan

Pada 27 Disember 2022, Na'im yang memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda Parti Bangsa Malaysia (PBM) dipecat bersama 12 ahli lain termasuk bekas Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin dan Setiausaha Agung, Nor Hizwan Ahmad.

Dalam pada itu beliau menjelaskan telah menyertai semula Bersatu pada 18 Julai 2023 dengan borang pendaftaran keahlian baharu diserahkan kepada Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Iklan

Hantara Na'im di aplikasi X mengenai pemberhentian keahliannya dalam Bersatu.

Sejak itu menurutnya, beliau menjadi ahli Bersatu selama setahun dua bulan tanpa sebarang tindakan disiplin selain dilantik sebagai Ketua Penerangan Armada Jasin.

"Namun begitu keahlian saya akhirnya dilucutkan secara tiba-tiba sehari sebelum pengumuman calon pemilihan yang sekali gus menyebabkan saya hilang kelayakan untuk bertanding jawatan Exco Armada pada pemilihan kali ini.

"Saya menerima keputusan ini dengan hati terbuka dan ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan dalam Bersatu yang banyak membantu sepanjang tempoh saya bersama parti," ujarnya.

Berdasarkan perkongsian tersebut, beliau turut memuat naik notis pemberhentian yang ditandatangani oleh Hamzah bertarikh 24 September 2024.

Notis itu menyatakan pemberhentian Na'im berdasarkan keputusan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) bertarikh 23 September 2024.

"Bahawa keahlian penama berikut telah terhenti secara serta-merta daripada ahli Bersatu dan namanya telah dikeluarkan daripada sistem pendaftaran keahlian di atas pelanggaran perlembagaan Bersatu Fasal 10.2.3," menurut notis berkenaan.