Domestique by LTdL tarik penyertaan 500 pelumba

Iklan
Peserta Domestique by LTdL 2024 berpeluang merasai laluan sebenar LTdL di Langkawi.

BAHANG kehangatan perlumbaan Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 makin dirasai apabila berlangsungnya acara berbasikal amatur Domestique by LTdL 2024, pada Sabtu.

Penganjuran buat julung kalinya acara itu menyaksikan seramai lebih 500 pelumba termasuk beberapa pelumba luar negara, antaranya dari Jerman, China, Singapura dan Great Britain mengambil bahagian.

Iklan
Iklan

Lebih istimewa, acara anjuran Cyclomotion dan 36Five X yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan RM31,700 itu ‘direka’ khas buat pelumba amatur untuk merasai pengalaman berlumba di laluan sebenar LTdL 2024.

Pengarah Cyclomotion, Zahari Abdul Ghani menzahirkan rasa syukur apabila acara Domestique by LTdL 2024 mencapai objektif penganjurannya biarpun kali pertama dianjurkan.

Iklan

"Kami amat berterima kasih kepada Majlis Sukan Negara (MSN) kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk menganjurkan Domestique by LTdL.

"Peluang ini telah membolehkan kami menyumbang secara signifikan kepada komuniti berbasikal negara dengan mewujudkan platform di mana pelumba amatur dapat menguji had mereka dan merasai cabaran perlumbaan profesional.

Iklan

"Kejayaan acara ini membuktikan semakin berkembangnya minat terhadap sukan berbasikal di Malaysia dan kami berbesar hati menjadi sebahagian daripada perkembangan ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Untuk rekod, acara Domestique by LTdL 2024 yang melibatkan laluan sepanjang 97.5kilometer (km) merangkumi 98 peratus laluan Peringkat Pertama LTdL 2024 yang turut berlangsung di pulau legenda ini.

Setiap pelumba yang mengambil bahagian dalam acara Domestique by LTdL 2024 ini turut dapat menikmati aura sebenar perlumbaan LTdL memandangkan segala persiapan, keselamatan dan protokol sama digunakan.

Malah, empat pemenang teratas masing-masing bagi kategori lelaki dan wanita terbaik, pecut lelaki dan junior terbaik diberi peluang menyertai LTdL Domestique dan Neutral Service bagi mana-mana peringkat LTdL, sekali gus memberikan mereka pengalaman sekali seumur hidup menyaksikan debaran LTdL dengan lebih dekat.

"Acara ini penting dalam memupuk budaya berbasikal yang mampan di Malaysia kerana ia bukan sahaja mencabar para peserta tetapi juga memberi inspirasi kepada generasi berbasikal masa depan.

"Kelangsungan Domestique by LTdL adalah penting untuk mengekalkan momentum ini dan terus menyemai semangat komuniti yang telah menghayati semangat berbasikal kompetitif,” jelas Pengasas Bersama 36Five X, Azman Fahmi.

Pada masa sama, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada MSN atas kepercayaan yang diberikan kepada pihaknya dan Cyclomotion untuk menganjurkan Domestique by LTdL 2024.

"Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada barisan penaja dan rakan acara kami terutamanya Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Pejabat Tanah dan Daerah Langkawi (PTDL), aminoVITAL (Official Sports Nutrition), KOOL 101 dan FLY FM selaku radio rasmi.

"Selain itu, jenama pakaian rasmi, Pro Apparel Asia dan semua penaja serta rakan-rakan acara yang menyokong kami tanpa berbelah bahagi bagi merealisasikan penganjuran acara ini,” ujarnya.