DAP lapor polis dakwa PN langgar peraturan kempen

Iklan
Sheikh Umar (kiri) menunjukkan laporan polis yang dibuat di IPD Kluang pada Sabtu.

KLUANG - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali membuat laporan polis susulan panggilan telefon 'meraih undi' yang diterimanya daripada individu dipercayai dari Perikatan Nasional (PN) pada pagi Sabtu, telah melanggar larangan berkempen.

Sheikh Umar berkata, panggilan telefon itu diterima selepas tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada jam 12 tengah malam.

Iklan
Iklan

"Saya merupakan pengundi DUN Mahkota dan telah menerima panggilan telefon pada 8.33 pagi dari seorang wanita yang tidak dikenali.

"Dalam panggilan telefon berdurasi 2 minit 30 saat itu, pemanggil telah memujuk saya untuk keluar mengundi PN.

Iklan

"Apa yang saya kesalkan pemanggil telah membuat panggilan seterusnya berkempen untuk mengundi PN meskipun sudah tamat tempoh berkempen pada jam 12 tengah malam tadi. Ini melanggar peraturan pilihan raya," katanya.

Beliau ditemui di luar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang selepas membuat laporan polis pada jam 3 petang Sabtu.

Iklan

Sheikh Umar menambah pemanggil juga telah menggunakan naratif jahat dan permusuhan.

"Pemanggil menyatakan Barisan Nasional (BN) sebagai"DAP Cina". Saya sempat bertanya tentang Gerakan di dalam PN, pemanggil menyatakan"walau ada Gerakan dalam PN tetapi kita di atas" dan bertanya"walau Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri tetapi Anwar lebih kepada siapa?

"Kemudian pemanggil mengelak dari saya untuk melanjutkan persoalan dengan memberi alasan banyak lagi hendak telefon ditelefonnya lalu mengakhiri perbualan.

"Selepas semakan dibuat petugas PHBN menerusi aplikasi truecaller, panggilan tersebut didapati dari Pahang," katanya.

Justeru, Sheikh Umar berharap siasatan dapat dilakukan pihak polis kerana ia melanggar larangan berkempen selepas tamat tempoh berkempen.

"Selain itu, ia juga telah mengembangkan perasaan jahat dan permusuhan dengan membawa sentimen 3R (kaum, agama, raja) dalam kempen," katanya.