GM Klang perkukuh usaha kelestarian alam

Iklan
Antara peserta yang hadir pada Earth’s Warrior Day bersama Komuniti GM Klang di GM Klang pada 28 September 2024.

PUSAT Borong GM Klang (GM Klang) melaksanakan inisiatif bagi menyumbang kesejahteraan masyarakat dan kelestarian alam menerusi program Earth Warriors Day Bersama Komuniti Klang bersempena Hari Cuci Malaysia 2024 pada Sabtu.

Ahli Majlis Bandaraya Diraja Klang zon N49B, Saribanon Saibon berkata, program itu bertujuan mendedahkan masyarakat tentang kebersihan kawasan bukan sahaja diletakkan di bahu agensi tertentu namun pihak swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sangat mengambil berat isu tersebut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, inisiatif GM Klang menyertai program berkenaan wajar dipuji kerana selain menjalankan perniagaan, pihak pengurusan turut mementingkan penjagaan alam sekitar.

"Kita sentiasa beri kerjasama dalam program-program pembersihan supaya masyarakat ambil berat kebersihan kawasan sekitar selain tidak hanya bergantung pada agensi tertentu sahaja.

Iklan

"Malah, GM Klang juga sentiasa menyalurkan maklumat kepada kita sekiranya terdapat sebarang permasalahan termasuk saliran dan kutipan sampah,” katanya selepas merasmikan program tersebut di GM Klang di sini.

Saribanon (dua,kanan) dan Pengarah Kumpulan GM Foo Loke Ping (tengah) turut serta dalam aktiviti mengutip sampah.

Program Earth Warriors Day merupakan inisiatif Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) iaitu acara mega pembersihan seluruh negara yang berlangsung secara serentak pada Sabtu.

Iklan

Tambah Saribanon, peniaga setempat turut wajar sentiasa memberi kerjasama dengan mematuhi undang-undang dan menjaga kebersihan serta menguruskan sampah dengan beretika bagi mengelak penularan wabak denggi.

Sementara itu, Pengurus Kanan Komunikasi Jenama Pusat Borong GM Klang, Norsuhaida Othman berkata, pihaknya percaya menjaga kesejahteraan masyarakat dan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama.

"Sebagai sebuah entiti korporat, inisiatif ini merupakan salah satu cara untuk menyumbang kembali kepada masyarakat sambil memelihara alam sekitar.

"Program ini juga sejajar dengan matlamat Hari Cuci Malaysia 2024 yang bertujuan memupuk kesedaran sivik serta tanggungjawab bersama dalam menjaga kebersihan alam sekitar," katanya.

Jelasnya, peserta yang terdiri daripada pengurusan GM Klang, pemborong dan komuniti setempat mengutip sampah sekitar pusat borong itu.

Ujarnya lagi, program dengan kerjasama Persatuan Pahlawan Bumi dilaksanakan dengan peserta berjalan lebih satu kilometer (km) sekitar GM Klang selama sejam untuk mengutip sampah.

"Setiap tahun kita memang adakan program tanggungjawab sosial korporat tetapi kali ini lebih kepada alam sekitar kerana mahu memupuk pentingnya penjagaan alam sekitar," katanya.

Menurut Norsuhaida, antara aktiviti utama yang dijalankan semasa program tersebut berlangsung adalah membersihkan kawasan terpilih selama satu jam di mana sampah-sampah yang berjaya dikutip dan ditimbang pihak KPKT sebelum di buang ke dalam tong roro yang turut disediakan oleh mereka.

Ujarnya, bagi menceriakan lagi program pembersihan berkenaan, pertandingan fotografi berkumpulan dan sesi cabutan bertuah juga turut diadakan dengan pelbagai hadiah menarik untuk peserta.

"Harapan kami adalah untuk meneruskan kerjasama kolektif seperti ini kerana ia terbukti mampu membawa perubahan positif yang menyatukan komuniti dalam usaha yang memberi manfaat kepada semua pihak serta memastikan kesejahteraan alam sekitar terjaga untuk generasi akan datang," katanya.