PRK Mahkota: Pengundian tamat, penjumlahan undi bermula

Iklan
Petugas pusat mengundi Sekolah Agama Gunung Lambak, Kluang, menutup pintu pagar menandakan tamatnya tempoh mengundi bagi PRK Mahkota.

KLUANG - Proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota hari ini berakhir selepas semua 20 pusat mengundi yang dibuka sejak jam 8 pagi ditutup secara rasmi pada jam 6 petang.

Selepas pusat pengundian ditutup, proses pengiraan undi bermula di pusat pengundian, sebelum kertas undi dibawa ke pusat penjumlahan rasmi di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di sini.

Iklan
Iklan

Berdasarkan data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seramai 61,274 pengundi layak untuk mengundi hari ini, manakala undi awal telah berlangsung pada Selasa lepas, selain kertas undi pos telah dikeluarkan pada 15 September.

Secara keseluruhannya DUN Mahkota mempunyai 66,318 pengundi dengan majoritinya ialah pengundi Melayu iaitu 56 peratus, pengundi Cina (34 peratus), pengundi India (lapan peratus) dan bakinya lain-lain.

Iklan

SPR menerusi kenyataan memaklumkan sebanyak 47.16 peratus pengundi telah menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat baharu mereka setakat jam 4 petang.

Cuaca di bandar Kluang adalah baik pada sebelah pagi, namun hujan lebat pada sebelah petang, menepati ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Iklan

PRK Mahkota yang terletak dalam Parlimen Kluang menyaksikan pertembungan antara calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah dan Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lepas. - Bernama