Bekalan elektrik di BGU PN kembali pulih jam 7 malam

Iklan
Keadaan di bilik gerakan utama (BGU) Perikatan Nasional (PN) yang lengang. Kenderaan TNB (kanan) dilihat berada di sekitar BGU PN.

KLUANG - Bekalan elektrik di bilik gerakan utama (BGU) Perikatan Nasional (PN) di Jalan Dahlia dekat sini yang terputus sebelum ini, sudah pulih sepenuhnya pada jam 7 malam.

Difahamkan bekalan elektrik di BGU PN terputus sejak jam 2.30 petang.

Iklan
Iklan

Kabel penghubung utama di Jalan Dahlia terbakar menyebabkan bekalan elektrik terputus.

Tinjauan pada jam 7 malam, mendapati keadaan di BGU PN agak lengang meskipun terdapat skrin layar memaparkan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Iklan
Iklan