PRK Mahkota: BGU PN lengang, suram

Iklan
Keadaan agak suram dan lengang di BGU PN di Jalan Dahlia Kampung Melayu.

KLUANG - Keadaan terkini di Bilik Gerakan Utama (BGU) Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Jalan Dahlia Kampung Melayu dekat sini agak lengang dan suram.

Berbanding suasana ketika pengumuman calon dan ceramah yang agak ramai di BGU tersebut, namun keadaan berbeza pada malam ini apabila tidak ramai penyokong parti yang hadir untuk melihat keputusan terkini.

Iklan
Iklan

Setakat ini hanya kelihatan, Pengarah PRK DUN Mahkota bagi PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ;Pengerusi PN Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal dan Naib Pengerusi PN Johor, Mohd Solihan Badri.

Petugas media yang berada di BGU PN sejak jam 7 malam masih menunggu keputusan rasmi dikeluarkan dan pemimpin tertinggi PN untuk mendapat komen.

Iklan

Ia berikutan terdapat perbincangan tertutup di dalam BGU yang difahamkan antara pimpinan PN.

Sebelum itu, bekalan elektrik di BGU PN yang terputus sebelum ini, kembali pulih sepenuhnya pada jam 7 malam.

Iklan

Difahamkan bekalan elektrik di BGU PN di sini terputus sejak jam 2.30 petang.