Budak genius masuk UM pada usia 12 tahun

Iklan
Iz Emir. Foto Fatimah Kari

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Seorang kanak-kanak mencatat sejarah apabila menjadi pelajar termuda pernah mendaftar masuk ke Universiti Malaya (UM) sejak penubuhannya pada tahun 1962.

Izz Imil Shahrom yang mendaftar pada Sabtu, akan mengikuti pengajian Sarjana Muda Sains dalam Matematik.

Iklan
Iklan

Berdasarkan perkongsian Fatimah Kari di Facebook, Izz Imil memasuki Tingkatan 1 di Permata Pintar, Universiti Kebangsaan Malaysia ketika berusia enam tahun, seterusnya belajar O Level pada usia lapan tahun dan A Level pada usia 11 tahun.

Berdasarkan komen pengguna sosial, ramai berasa kagum dengan kebijaksaan Izz Imil dan turut menyamakannya dengan Sheldon Lee Cooper, iaitu watak fiksyen dalam sitkom Amerika The Big Bang Theory.

Iklan

Hafizulrahman Mazelin dalam komennya berkata, kanak-kanak pintar itu seperti Sheldon Cooper versi Melayu Muslim."Moga ALLAH berkati perjalanan adik mencari ilmu,” kata Rashidin Idris.

Jasni JassOmar pula berasa teruja dengan perkongsian itu."Wow berita hebat, pencapaian hebat dan sejarah yang hebat. Tahniah kepada adik ini,” katanya.

Iklan