PRK Mahkota: Kemenangan BN bukti rakyat sokong kepimpinan kerajaan negeri

Iklan
Azalina

SHAH ALAM - Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dengan majoriti 20,648 menjadi isyarat bahawa rakyat menyokong kepimpinan kerajaan Johor di bawah pimpinan BN.

Ketua UMNO Bahagian Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kejayaan yang diraih calon BN, Syed Hussien Syed Abdullah adalah satu perkara yang membanggakan.

Iklan
Iklan

"Kemenangan ini adalah bukti nyata bahawa rakyat Mahkota mahukan kesinambungan kepimpinan yang dimulakan oleh penyandang terdahulu, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain.

"Ia juga menunjukkan rakyat memberi kepercayaan kepada BN untuk terus memimpin dan meneruskan segala usaha baik yang telah dirancang sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Iklan
Azalina

Syed Hussien dilaporkan menang dengan majoriti menang dengan majoriti sebanyak 20,648 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar.

Secara keseluruhan, Ketua Pemuda UMNO Kluang itu memperoleh undian sebanyak 27,995 undi sementara Mohamad Haizan, 7,347.

Iklan

Susulan kemenangan itu, Azalina berkata, beliau yakin dan percaya terhadap Syed Hussien mampu menjalankan tugas serta tanggungjawab kepada rakyat Mahkota dengan cemerlang.

"Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi BN Negeri Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi atas kejayaan ini serta seluruh jentera BN dan Kerajaan Perpaduan yang sangat komited dalam memastikan kemenangan.

"Rakyat amat menghargai usaha dan sinergi Kerajaan Perpaduan yang dipimpin dengan penuh kebijaksanaan dan dedikasi untuk memastikan kesejahteraan dan kemajuan semua lapisan masyarakat,” ujarnya.