'Ini malam penting, perpaduan menang' - Shu Qi

Iklan
Shu Qi turut meraikan kemenangan Syed Hussien di BGU BN, di Taman Seri Kluang pada Sabtu.

KLUANG - Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi mahu trend kerjasama Kerajaan Perpaduan yang terjalin antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) diteruskan pada masa depan.

Menurutnya, kerjasama padu yang wujud dalam Kerajaan Perpaduan berpotensi mengangkat Malaysia sekali lagi sebagai negara yang gah di mata dunia.

Iklan
Iklan

"Jadi saya berharap saja kita teruskan trend ini (perpaduan) supaya negara kita semakin kuat.

"Kerjasama ini mampu untuk buatkan Malaysia berdiri kuat sekali lagi di pentas dunia.

Iklan

"Terima kasih kepada jentera seluruh negara yang turun di Kluang, malam ini malam penting... Perpaduan menang," katanya ketika berucap di Bilik Gerakan Utama (BGU) BN di Taman Sri Kluang pada Sabtu.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota menyaksikan BN berjaya mempertahankan kerusi dengan bergaya apabila memperoleh majoriti 20,648 undi, empat kali ganda lebih besar berbanding PRN 2022 iaitu 5,166 undi.

Iklan

Calon BN, Syed Hussien Syed Abdullah mendapat 27,995 undi manakala pencabarnya, Haizan Jaafar daripada Perikatan Nasional (PN) hanya memperoleh 7,347 undi.