Tanah jerlus depan rumah

Iklan
Kejadian tanah jerlus yang berlaku di Lorong Teja Utama, Taman Teja, Tanjung Tualang pada Sabtu menyebabkan empat rumah terjejas. Foto JBPM Perak

BATU GAJAH - Empat rumah terjejas susulan kejadian tanah jerlus yang berlaku di hadapan kediaman tersebut di Lorong Teja Utama, Taman Teja, Tanjung Tualang di sini pada Sabtu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian terbabit jam 7.18 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah bergegas ke lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Menurutnya, setiba di lokasi kejadian mendapati berlaku mendapan tanah di hadapan empat rumah di taman perumahan berkenaan.

"Insiden melibatkan mendapan tanah melibatkan dua rumah pada bahagian garaj, manakala dua lagi rumah sedikit terjejas pada bahagian tepi dan depan rumah akibat hujan lebat namun tidak melibatkan struktur dan mangsa.

Iklan

"Ketua operasi kemudiannya melaksanakan 'size-up' seterusnya mengarahkan anggota membuat pemantauan pada struktur rumah," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Keadaan tanah jerlus yang berlaku di hadapan salah sebuah rumah di Lorong Teja Utama, Taman Teja, Tanjung Tualang di sini pada Sabtu. Foto JBPM Perak.

Sabarodzi berkata, ketika kejadian hanya dua rumah berpenghuni melibatkan tiga mangsa termasuk pasangan suami isteri dan seorang wanita.

Iklan

Katanya, penghuni rumah tersebut dinasihati meninggalkan rumah masing-masing dan keluar ke tempat selamat.

Jelasnya, setelah semua mangsa keluar dan berada di tempat yang selamat, operasi diserahkan pada pihak yang berwajib untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata, untuk sementara waktu mangsa pasangan suami isteri tinggal di rumah ahli keluarga yang lain sementara seorang lagi mangsa hanya dibenarkan menggunakan pintu belakang rumah sebagai langkah keselamatan.

Menurutnya, keadaan tersebut berjaya dikawal pada jam 8.40 malam manakala operasi melibatkan lapan anggota itu tamat pada jam 9.19 malam.