Kemenangan besar petanda pengundi mahu kerajaan tumpu pembangunan ekonomi

Iklan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada program Madani Rakyat 2024, Sarawakku Sayang di Pekarangan Boulevard, Miri, hari ini.  Foto Bernama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada program Madani Rakyat 2024, Sarawakku Sayang di Pekarangan Boulevard, Miri, hari ini.  Foto Bernama
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada program Madani Rakyat 2024, Sarawakku Sayang di Pekarangan Boulevard, Miri, hari ini. Foto Bernama

MIRI - Kemenangan besar Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota adalah petanda masyarakat di kawasan itu mahu Kerajaan Perpaduan diberi peluang untuk menumpukan perhatian membangunkan ekonomi negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kemenangan calon BN, Syed Hussein Syed Abdullah dengan majoriti besar 20,648 undi adalah sesuatu yang di luar jangkaan.

Iklan
Iklan

"Tidak siapa yang jangka kemenangan Barisan Nasional di pihak Kerajaan Perpaduan dengan majoriti 20,000 lebih dan saya percaya ini petanda masyarakat kalau pengundi di situ, Melayu Cina India sudah punyai pandangan bahawa berilah peluang kepada Kerajaan perpaduan untuk menumpukan perhatian dalam bidang ekonomi, angkat darjat negara dan rakyat,” katanya.

Anwar berkata demikian semasa berucap pada jamuan negeri di sini malam ini sempena lawatan kerja dua hari beliau ke Sarawak yang turut dihadiri oleh Premier, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Iklan

Pada PRK itu, Syed Hussien, yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, selaku wakil Kerajaan Perpaduan memperoleh 27,995 undi, jauh meninggalkan pencabarnya Mohamad Haizan Jaafar daripada Perikatan Nasional, yang sekadar meraih 7,347 undi.

Keputusan rasmi diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Azurawati Wahid di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi PRK DUN Mahkota di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di sini malam ini, yang turut memaklumkan 339 kertas undi ditolak selain 24 tidak dikembalikan.

Iklan

Menerusi hantaran di laman Facebook, Anwar berkata, kemenangan besar itu adalah bukti masyarakat DUN Mahkota yakin dengan keberkesanan muafakat Kerajaan Perpaduan antara pusat dan Negeri Johor yang dipimpin oleh Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

"Ia juga petanda jelas rakyat terus yakin dengan kerangka dasar dan polisi kerajaan yang menitikberatkan soal ekonomi serta taraf hidup rakyat keseluruhannya.

"Tahniah kepada saudara Syed Hussien Syed Abdullah dan BN atas kejayaan luar biasa dalam mempertahankan kerusi DUN Mahkota," katanya. - Bernama