Iraq isytihar berkabung 3 hari peringati Hassan Nasrallah

Iklan
Hassan Nasrallah terkorban dalam serangan Israel ke atas Beirut.

BAGHDAD - Perdana Menteri Iraq, Mohammed Shia Al Sudani telah mengarahkan tempoh berkabung di seluruh negara selama tiga hari sebagai penghormatan kepada Setiausaha Agung Hizbullah, Hassan Nasrallah yang terkorban dalam serangan Israel ke atas Beirut, menurut Pejabat Perdana Menteri pada Sabtu, lapor Sputnik.

Terdahulu, Angkatan Pertahanan Israel (IDF) berkata Nasrallah telah"dihapuskan" dalam serangan udara Israel ke atas Beirut pada Jumaat.

Iklan
Iklan

"Hizbullah kemudiannya secara rasmi mengesahkan kematian Nasrallah.

"Perdana Menteri Mohammed Shia Al Sudani telah mengarahkan supaya tempoh berkabung nasional selama tiga hari diisytiharkan di seluruh Iraq sebagai penghormatan kepada pemergian Setiausaha Agung Hizbullah Hassan Nasrallah dan rakan-rakannya, selepas serangan keji Zionis," kata pejabatnya dalam satu kenyataan.

Iklan

Israel memulakan kempen pengeboman besar-besaran, dengan nama kod"Northern Arrows”, di bahagian selatan dan timur Lubnan pada Isnin.

Kementerian Kesihatan Lubnan meletakkan jumlah korban melebihi 1,500 orang. Hizbullah membalas dengan melancarkan puluhan roket ke arah utara Israel.

Iklan

Peningkatan ketegangan itu berlaku selepas siri letupan alat kelui dan walkie-talkie yang menggegarkan Lubnan dari 17 hingga 18 September mengorbankan kira-kira 40 orang dan mencederakan hampir 3,500 yang lain. - Bernama