Sijil halal: Dr Muhamad Akmal beri keterangan esok

Iklan
Dr Muhamad Akmal

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin pada Ahad.

Dr Muhamad Akmal berkata, ia susulan laporan polis yang dibuat terhadapnya mengenai isu kenyataan sijil halal yang dikeluarkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Iklan
Iklan

"Insya-ALLAH, esok (Ahad) saya akan dipanggil IPD Jasin jam 10 pagi untuk disoal siasat.

"Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai, jika takut dengan cabaran jangan sesekali dipanggil pejuang,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial, Facebook pada Sabtu.

Iklan

Pada 12 September lalu, DAP Sarawak membuat satu laporan polis berhubung kenyataan Dr Muhamad Akmal yang didakwa boleh menyebabkan perpecahan kaum di Malaysia termasuk di Sarawak.

Mengulas lanjut, Dr Muhamad Akmal memaklumkan bahawa beliau sama sekali tidak akan menyerah kalah dan memohon maaf.

Iklan

Jelasnya, beliau diajar untuk mempertahankan agama, bangsa dan tanah air walaupun terpaksa mempertaruhkan nyawa sendiri.

"Kamu yang buat hal, kamu yang nak ‘play victim’. Kita jumpa di mahkamah!” tegasnya.