BN tunjuk taring, raih hatrik di tiga DUN

Iklan
Calon BN, Syed Hussien menang dengan majoriti sebanyak 20,648 undi.

KEJAYAAN Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota menjadikan ia sebagai sebuah kemenangan ‘hatrik’ apabila berjaya mengungguli beberapa siri PRK sebelumnya.

Calon BN, Syed Hussien Syed Abdullah menang dengan majoriti sebanyak 20,648 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar.

Iklan
Iklan

Secara keseluruhan, Ketua Pemuda UMNO Kluang itu memperoleh sebanyak 27,995 undi sementara Mohamad Haizan 7,347.

Difahamkan, menerusi PRK DUN Mahkota ini, jumlah peratusan undi keluar rendah iaitu sebanyak 53.84 peratus.

Iklan

Bagaimanapun, persoalan mengenai peratusan tersebut rendah turut menjadi perbincangan dalam program Interviu bertajuk ‘Biru yang Mana Satu?’ yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Sabtu.

Menurut Pensyarah Komunikasi Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM), Immie Rozianie Abd Rahim, angka tersebut dipercayai rendah susulan protes yang dilakukan oleh masyarakat Cina terhadap perbalahan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Iklan

Walaupun protes tersebut berlaku, namun Syed Hussien masih mampu mengekalkan kerusi DUN Mahkota dengan ‘kemenangan bergaya’.

Keadaan ini secara tidak langsung membuktikan bahawa PN masih belum dapat memikat hati pengundi Cina untuk beralih arah menyokong mereka.

Menerusi program sama, Pensyarah Kanan Jabatan Sains Politik Universiti Malaya, Dr Mohammad Tawfik Yaakub memaklumkan bahawa kemenangan BN bukti jelas bahawa rakyat menolak politik ‘syok sendiri’.

Melihat kepada kemenangan BN pada PRK DUN Pelangai, Nenggiri dan Mahkota ini secara tidak langsung membuktikan bahawa rakyat mula menerima gabungan BN dan Pakatan Harapan (PH) dalam membentuk kerajaan.

Pun begitu, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa kemenangan tersebut bukan asbab untuk parti mendabik dada, bermegah dan berasa selesa.

Sebaliknya beliau berkata, ia adalah isyarat jelas daripada rakyat agar parti itu berusaha lebih kuat untuk beri yang terbaik demi kehidupan lebih sempurna pada masa akan datang.