Sejarah konflik Hizbullah-Israel

Iklan
1982

KONFLIK antara Hizbullah dan Israel bukanlah satu perkara baharu dan ia telah berlarutan selama hampir separuh abad.

Berikut adalah sejarah permusuhan yang tercetus antara kedua-dua seteru lama itu yang kembali tercetus dan semakin meruncing selepas kali terakhir terlibat dalam peperangan berskala besar kira-kira 18 tahun yang lalu.

Iklan
Iklan

----------

1.1982 – Pencerobohan Israel tubuhkan Hizbullah

Iklan

Israel menceroboh Lubnan pada Jun 1982 kononnya sebagai respons terhadap serangan dilancarkan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dari selatan Beirut. Perang saudara di Lubnan kemudiannya berlarutan selama tujuh tahun. Beberapa gerakan termasuk Hizbullah yang ditubuhkan pada masa itu dan disokong Iran ditubuhkan untuk mengekang pencerobohan rejim Zionis. Hizbullah kemudiannya menjadi kuasa berpengaruh di Beirut selepas meraih sokongan komuniti di Lembah Bekaa dan pinggir selatan yang didiami puak syiah.

2.1983 – Sasar pasukan asing

Iklan

Antara 1982 dan 1986, siri serangan ke atas pasukan asing dilancarkan pelbagai gerakan, namun sebahagian besarnya dipersalahkan ke atas Hizbullah. Pada Oktober 1983, insiden pengeboman ke atas berek di Beirut telah meragut lebih 300 anggota misi pengaman warga Perancis dan Amerika. Ia didakwa telah didalangi Jihad Islam yang dipercayai banyak pihak sebagai 'anggota barisan hadapan' Hizbullah.

1983

3.1985 – Era kebangkitan

Menjelang 1985, gerakan Hizbullah semakin berkembang dan berjuang bersama sekutu mereka. Ia berjaya mengusir tentera Israel dari Sungai Litani di selatan Beirut. Tel Aviv kemudiannya menubuhkan 'zon keselamatan' di sepanjang sempadan Lubnan-Israel. Ia dikawal Tentera Lubnan Selatan (SLA) yang digelar sebagai proksi Israel dan menyokong pendudukan selatan Beirut sehingga pengunduran rejim Zionis pada tahun 2000.

4.1992 – Ceburi politik

Selepas perang saudara pada 1975-1992 tamat, Hizbullah memasuki bidang politik dan memenangi lapan daripada 128 kerusi di Parlimen. Sejak itu, anggota mereka terus berkembang dan sudah menguasai 62 kerusi.

1992

5.1993 – Perang Tujuh Hari

Israel melancarkan serangan ke atas Lubnan di bawah Operasi Akauntabiliti atau turut disebut Perang Tujuh Hari di Lubnan. Kempen ketenteraan itu bermula pada Julai 1993 selepas Hizbullah bertindak balas terhadap pengeboman rejim Zionis ke atas kem pelarian dan perkampungan di Beirut. Konflik itu meragut hampir 120 nyawa manakala lebih 500 yang lain cedera selain mengakibatkan ribuan struktur musnah.

6.1996 – Pertempuran ganas

Pada 11 April 1996, Israel kembali melancarkan operasi ketenteraan selama 17 hari untuk mengusir pejuang Hizbullah dari Sungai Litani. Ia turut digelar sebagai Operation Grapes of Wrath merujuk kepada judul novel hasil garapan John Steinbeck (1939). Pertempuran ganas itu mengorbankan ratusan nyawa termasuk kanak-kanak selepas rejim Zionis mengebom kemudahan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di selatan Lubnan yang menjadi tempat berlindung kira-kira 800 penduduk hilang tempat tinggal.

1996

7. 2006 – Perang Julai

Pada 2006, operasi dilancarkan Hizbullah ke wilayah Tel Aviv telah membunuh tiga askar Israel manakala dua dijadikan tawanan. Hizbullah menuntut pembebasan tahanan Lubnan dengan tentera berkenaan. Perang Julai tercetus selama 34 hari dan angka kematian dianggarkan mencecah 1,200 orang manakala 4,400 yang lain cedera di Beirut.

2006

8. 2012 – Perang saudara Syria

Hizbullah menyertai perang saudara di Syria sebagai tanda sokongan terhadap rejim Damsyik. Langkah pada 2012 itu dikritik penyokong beliau dan salah seorang pengasas gerakan itu, Subhi al-Tufayli. Penglibatan Hizbullah dikatakan berjaya mengekang pencerobohan kumpulan bersenjata terutamanya Daesh ke Lubnan selain memperkasakan lagi kemahiran anggota mereka di medan tempur.

2012

9. 2023-24 – Solidariti dengan Gaza

Pada Oktober 2023, Hizbullah melancarkan serangan roket ke atas Israel sebagai tanda solidariti dengan penduduk Gaza. Serangan rentas sempadan berlarutan selama hampir setahun itu telah mengorbankan kira-kira 97,000 terpaksa tinggalkan rumah masing-masing selain menyebabkan lebih 1,500 terkorban. Konflik di Asia Barat semakin buruk setelah rejim Zionis melancarkan kempen pembunuhan menyasarkan pemimpin kanan Hizbullah dan Hamas.

2023-24

10. September 2024 – Serangan siber ganas

Insiden serangan menyasarkan ribuan alat kelui dan walkie-talkie digunakan pejuang Hizbullah menjadi punca utama ketegangan semakin memuncak. Kedua-dua seteru lama itu saling berbalas serangan tanpa henti dan turut disertai beberapa kumpulan pejuang di bawah Paksi Penentangan anti-Israel sejak pertengahan September hingga mengundang kebimbangan komuniti antarabangsa jika perang lebih dahsyat bakal tercetus dan berisiko merebak dengan lebih meluas.

September 2024