Peminat 'lepas geram' borong buku

Iklan
Orang ramai berpeluang untuk menikmati pelbagai tawaran hebat dengan harga eksklusif jika memiliki kad VIP Karangkraf. Gambar kecil dari kiri: Ahmad Suhaimi, Nurul Firzanah, Nur Najwa

SHAH ALAM - SHAH ALAM - Jualan Gudang Karangkraf 2024 menjadi lubuk peminat atau pencinta buku ‘melepaskan geram’ memborong dengan harga runtuh yang tidak masuk akal.

Pekerja swasta, Ahmad Suhaimi Ja’afar, 59, berkata, dia hadir bagi membeli dan mengumpul siri buku Ustazah Basikal.

Iklan
Iklan

"Setakat ini sudah ada Jilid 1 dan 2 yang dibeli, jadi hari ini saya kembali untuk mendapatkan jilid 3 serta 4.

"Selain sering mendengar perjalanannya di YouTube, saya juga seorang pengumpul novel terutama karya Ramlee Awang Murshid,” katanya kepada Sinar Ahad.

Iklan

Bagi Nurul Firzanah Nadia Fakhururazi, 23, dia lebih gemar membeli buku bergenre kerohanian untuk ‘makanan jiwa’.

Jualan Gudang Karangkraf 2024 turut mempunyai reruai yang menjual barangan cenderamata seperti kole seramik, termos, sejadah mini dan sebagainya.

"Jika dahulu saya peminat novel biasa, tetapi sekarang saya lebih berminat membeli buku kerohanian. Hari ini saya beli lapan buah buku dan tidak sabar untuk membacanya.

Iklan

"Sebagai peminat buku, saya tidak kisah membelanjakan duit untuk membeli buku yang saya minat,” jelasnya.

Pekerja swasta, Nur Najwa Alia Kamarudin, 28, berkata, dia mengetahui mengenai jualan gudang melalui laman media sosial Karangkraf.

"Saya ke sini untuk mencari novel bergenre romantik dan seram popular, contohnya seperti Cinderlisa yang sedang hangat di pasaran,” katanya.

Jualan Gudang Karangkraf berlangsung dari 27 September sehingga 6 Oktober, bermula pada jam 9 pagi hingga 7 malam.