Kemenangan BN bukti keyakinan, kepercayaan kepada Kerajaan Johor, Pusat

Iklan
Syed Hussien bersama para penyokong meraikan kejayaan setelah menang dalam PRK DUN Mahkota di Command Centre BN malam tadi. - Foto Bernama. Gambar kecil: Ahmad Jazlan

KOTA BHARU - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub melihat kemenangan calon parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah sebagai tanda keyakinan dan kepercayaan kepada Kerajaan Johor dan Pusat.

Beliau berkata, keputusan itu perlu disyukuri kerana pengundi-pengundi muda sekali lagi memberi sokongan kepada calon BN yang mewakili Kerajaan Perpaduan selepas kemenangan di DUN Nenggiri.

Iklan
Iklan

"Anak-anak muda lebih melihat agenda pembangunan masa depan bangsa dan negara melebihi daripada politik retorik, fitnah murahan serta adu domba yang sudah muak," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut beliau, kemenangan BN di Mahkota hasil gabungan mantap, solidariti dan kerjasama antara parti gabungan Kerajaan Perpaduan.

Iklan

Ujarnya, resipi utama kemenangan itu perlu dikongsi bersama oleh parti-parti di dalam Kerajaan Perpaduan.

"Tahniah dan terima kasih kepada Pengerusi BN yang kekal fokus dan kerap turun padang berkempen.

Iklan

"Perancangan strategi yang membuahkan hasil sekaligus melenyapkan suara-suara sumbang yang ingin merosakkan institusi BN dan Kerajaan Perpaduan," katanya.