LRA Bukit Pinang, LRA Pelubang berisiko hadapi gangguan operasi - SADA

Iklan
LRA Bukit Pinang Fasa dan LRA Pelubang berisiko menghadapi gangguan pengoperasian akibat kekeruhan air mentah.

ALOR SETAR - Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Pinang dan LRA Pelubang berisiko menghadapi gangguan pengoperasian akibat kekeruhan air mentah.

Syarikat Air Darul Aman (SADA) dalam kenyataan di media sosial memaklumkan kekeruhan itu disebabkan oleh hujan lebat berterusan.

Iklan
Iklan

"Bacaan kadar kekeruhan air mentah melibatkan pengoperasian LRA Bukit Pinang dan LRA Pelubang telah menunjukkan trend meningkat dan berisiko terjadi gangguan bekalan air melibatkan pengguna di beberapa daerah.

"Sehingga kini, LRA yang terlibat masih beroperasi 100 peratus, namun pihak SADA menyarankan supaya pengguna di daerah Kota Setar, Kubang Pasu dan sebahagian Pendang melakukan persediaan awal dengan menyimpan bekalan air dan menggunakannya secara berhemah,” katanya.

Iklan

Pengguna boleh menghubungi talian hotline SADA 1300-88-0017 atau e-mel di aduan@sada.com.my untuk sebarang aduan atau pertanyaan. - Bernama

Iklan