[VIDEO] ADUN Mahkota mulakan tugas, santuni penduduk

Iklan

KLUANG - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah memulakan tugas dengan turun padang menyantuni penduduk sebagai tanda terima kasih.

Seawal jam 8 pagi, Syed Hussien yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang telah menziarahi pusara bapanya, Syed Abdullah Syed Abdul Hamid di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu.

Iklan
Iklan
Syed Hussien berbual dalam bahasa Mandarin dengan masyarakat Cina di kopitam yang terletak di Laman Seni, Kluang.

Anak kedua daripada lima beradik itu mendedikasikan kemenangannya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota kepada Allahyarham bapanya yang menghembuskan nafas terakhir selepas tiga hari beliau diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN).

Selepas hampir setengah jam di tanah perkuburan, Syed Hussien berkunjung ke sebuah kopitiam di Laman Seni untuk bertemu penduduk setempat dan berbual di dalam bahasa Mandarin.

Iklan

Kehadiran beliau disambut ceria oleh penduduk dan masing-masing mengambil kesempatan untuk bergambar dan merakamkan ucapan tahniah kepadanya.

Syed Hussien menzirahi pusara ayahnya di Kampung Melayu, Kluang, pada pagi Ahad.

"Tidak dapat dinafikan, sewaktu saya berkempen, ramai yang menceritakan kejayaan orang-orang terdahulu.

Iklan

"Ini memberi satu inspirasi kepada saya untuk berkhidmat dengan lebih muhibah, lebih berkonsepkan kekeluargaan dan akan membawa Kluang ke arah yang baik," katanya ketika ditemui pada Ahad.

Syed Hussien turut mengakui sehingga kini, dia masih terkejut dengan kemenangan BN yang memperoleh majoriti besar pada PRK DUN Mahkota.

Jelasnya, majoriti besar itu memberikan isyarat untuk dirinya bekerja keras menyelesaikan isu rakyat dan membawa pembangunan di DUN Mahkota.

Beliau berkata, beberapa isu di DUN Mahkota akan diberi perhatian antaranya membantu golongan B40, banjir dan pendidikan.

"Bagi golongan B40, saya akan memastikan jualan kasih dan Rahmah diadakan di setiap kawasan yang tumpuan penduduk termasuk di kampung- kampung.

"Berkenaan isu banjir, saya lihat banjir di Mahkota merupakan banjir kilat dan kerajaan sudah mempunyai untuk mengatasi, namun saya tetap akan memperjuangkannya di sidang Dewan Undangan Negeri ( DUN)," katanya.

Berdasarkan kiraan rasmi diumumkan pada malam Sabtu, Syed Hussien memperoleh 27,995 undi mengatasi calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar yang memperoleh 7,347 undi.

Dengan kemenangan itu, BN sekali gus mempertahankan kerusi DUN Mahkota dengan majoriti lebih besar, empat kali ganda berbanding dicatatkan parti di kerusi sama pada Pilihan raya Negeri 2022.

Berdasarkan keputusan kiraan, BN memenangi semua 20 pusat daerah mengundi (PDM), manakala PN gagal menguasainya

PRK DUN Mahkota dalam Parlimen Kluang diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lalu.

Dalam PRN pada 2022, Sharifah Azizah yang mewakili BN menang dengan majoriti 5,166 undi dalam persaingan empat penjuru membabitkan calon Pakatan Harapan (PH), PN dan Warisan.

Ini PRK keempat tahun ini selepas PRK DUN Kuala Kubu Baharu di Selangor, PRK DUN Sungai Bakap, Pulau Pinang