Pengasas, pejuang tulen Bersatu digesa sertai PKR-PH - Bekas MPT Bersatu

Iklan
Muhammad Faiz

SHAH ALAM - Pengasas, akar umbi dan pejuang tulen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) digesa supaya menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR)-Pakatan Harapan (PH) bagi meneruskan agenda reformasi tanpa perlu memainkan sentimen kaum dan agama seperti yang berlaku dalam Perikatan Nasional (PN) ketika ini.

Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Dr Muhammad Faiz Na'aman berkata, imej dan perjuangan asal telah tersasar dan didakwa kini terikut-ikut dengan sikap ekstrem rakan gabungannya iaitu Pas.

Iklan
Iklan

"Kekalahan besar calon Bersatu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dan Nenggiri menjadi isyarat jelas bahawa majoriti rakyat Malaysia pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) terutamanya dari kelompok Melayu, Islam dan bumiputera di negara ini menolak politik kaum dan agama yang dimainkan PN.

"Imej dan reputasi Bersatu telah dinoda oleh mentaliti jumud dan ekstrem Pas yang kita semua sedia maklum modal mereka ialah menunggang agama dengan melaungkan slogan Islam terancam di Malaysia.

Iklan

"Malah Bersatu sejak berpisah dari PH dengan terdesaknya telah menerima watak-watak ekstrem yang dibuang atau terbuang dari UMNO dan PKR untuk berperang di media sosial dan pentas ceramah," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Pada Sabtu, BN kekal mempertahankan kerusi DUN Mahkota selepas calonnya, Syed Hussien Syed Abdullah, memperoleh kemenangan bergaya dengan majoriti besar 20,648 undi, jauh meninggalkan pencabar daripada PN, Mohamad Haizan Jaafar yang sekadar meraih 7,347 undi.

Iklan

Sementara itu, PRK DUN Nenggiri pada 17 Ogos lalu, BN melalui calonnya, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani turut menewaskan pencabarnya daripada Bersatu yang mewakili PN, Mohd Rizwadi Ismail.

Mengulas lanjut, Muhammad Faiz yang kini menyertai PKR berkata, pejuang sebenar Bersatu di awal penubuhan parti itu perlu berhijrah bagi mengembalikan semula integriti tanpa perlu memainkan sentimen agama dan kaum.