Penceramah tanpa tauliah berdepan tindakan undang-undang - Jawi

Iklan
Penceramah yang didapati mengajar atau memberikan syarahan agama Islam tanpa tauliah di Wilayah Persekutuan akan dikenakan tindakan undang-undang oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

KUALA LUMPUR - Penceramah yang didapati mengajar atau memberikan syarahan agama Islam tanpa tauliah di Wilayah Persekutuan akan dikenakan tindakan undang-undang oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Jawi dalam satu kenyataan memaklumkan, pihak berkuasa agama itu tidak akan berkompromi dengan sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang dan peraturan yang telah ditentukan.

Iklan
Iklan

"Kami juga ingin mengingatkan semua pihak agar membuat permohonan dan mendapatkan Tauliah Mengajar Agama Islam dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) bagi sebarang kegiatan pengajaran agama di Wilayah-Wilayah Persekutuan.

"Ketetapan tersebut bertujuan menjaga maslahah umat Islam dari sebarang unsur kekeliruan dan meragukan dalam beragama," menurut pihak berkuasa agama itu dalam kenyataan di laman X pada Ahad.

Iklan

Terdahulu, Jawi digesa segera menyekat penganjuran satu majlis keagamaan didakwa tanpa tauliah yang dijadualkan berlangsung di sekitar Sentul, Kuala Lumpur pada Ahad.

Jawi mengulas lanjut berkata, isu tersebut telah pun berada di bawah pemantauan Jawi.

Iklan

"Pasukan Bahagian Penguatkuasaan telah melaksanakan siasatan bagi tindakan penguatkuasaan di bawah Seksyen 11, kesalahan Mengajar agama tanpa tauliah, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559] apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya," ujar kenyataan.