Terengganu angkat seni warisan gamelan

Iklan
Antara persembahan tarian gamelan oleh kanak-kanak sekolah rendah sempena Pertandingan Gamelan Peringkat Negeri Terengganu di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Terengganu.

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri terus memartabatkan seni warisan gamelan dengan menganjurkan Pertandingan Gamelan Peringkat Negeri Terengganu di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Terengganu pada 27 hingga 28 September lalu.

Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Ahmad Ridzwan Abd Rahman berkata, sebanyak 19 pasukan berentap bagi merebut johan dalam pertandingan dianjurkan hasil kerjasama JKKN Terengganu bersama Kelab Kebajikan dan Rekreasi Kampung Manir.

Iklan
Iklan

"Untuk penganjuran kali ni, pertandingan dibahagikan kepada dua kategori iaitu tarian dan muzik.

"Pasukan yang merangkul johan membawa pulang wang tunai RM2,500, naib johan RM2,000 dan tempat ketiga menerima RM1,500.

Iklan

"Mereka yang tidak mendapat tempat juga turut diraikan di mana kita menyediakan hadiah wang tunai RM500 bagi setiap penyertaan dan diberikan kepada semua pasukan sebagai galakan kepada mereka untuk terus memartabatkan kesenian ini," katanya di sini pada Ahad.

Sebanyak 19 pasukan bertanding sempena Pertandingan Gamelan Peringkat Negeri Terengganu di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Terengganu.

Majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan itu telah disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (SUK), Tengku Seri Bijaya Raja, Datuk Seri Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil.

Iklan

Menurut Ahmad Ridzwan, juara kategori tarian gamelan, dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Ikan, naib johan (SK Tanjung Gelam) dan tempat ketiga (SK Wakaf Tapai).

Katanya, bagi kategori muzik gamelan pula dimenangi oleh Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman (johan), SM Sains Hulu Terengganu (naib johan) dan tempat ketiga SMK Tengku Mahmud.

"Selepas ini kita berhasrat untuk meluaskan lagi penyertaan kepada 40 pasukan yang menyertai pertandingan berbanding 19 penyertaan pada tahun ini," ujar beliau.

Program berlangsung selama dua hari itu dihadiri kira-kira 3,000 penonton.

Selain kesenian gamelan, turut diadakan pertandingan gasing pangkah peringkat Pantai Timur dan pertandingan dam aji di Gelanggang Gasing JKKN Terengganu.