Lelaki lemas ketika beriadah di Sungai Pasir Puteri

Iklan
Mayat mangsa ditemui jam 12.12 pagi sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut

KUANTAN - Seorang lelaki lemas ketika beriadah bersama lima yang lain di Sungai Pasir Puteri, Kuala Kenau, Sungai Lembing dekat sini pada Ahad.

Mayat mangsa, Muhammad Amirul Fahmie Saiful, 19 ditemui jam 12.12 tengah hari di lokasi kira-kira 25 meter dari tempat dia dilaporkan lemas.

Iklan
Iklan

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 10.30 pagi.

Menurutnya, susulan itu, lima anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Indera Mahkota ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Iklan

"Anggota bomba tiba di lokasi jam 11.07 pagi dan mendapati berlaku kejadian lemas melibatkan seorang lelaki dan seorang wanita dari kumpulan itu terpaksa dihantar ke klinik berdekatan kerana dipercayai diserang asma.

"Tindakan awal operasi dengan melakukan pencarian mangsa di permukaan di lokasi kejadian sebelum selaman dilakukan Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA)," katanya.

Iklan

Zulfadli berkata, operasi SAR dibantu anggota polis dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Sungai Lembing.

"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.