'Ulat teksi' beri alasan berhenti makan di KLIA

Iklan
Kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandu seorang lelaki tempatan dikesan menjalankan perkhidmatan teksi haram ketika ditahan dalam operasi dijalankan dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Jumaat.

SEPANG - Tindakan 'ulat teksi' memberi alasan kononnya berhenti untuk makan terbongkar ketika ditahan dalam operasi dijalankan dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Jumaat.

Pemeriksaan dijalankan kemudiannya mendapati Individu yang merupakan lelaki tempatan berumur lingkungan 40-an itu mengambil penumpang warga Algeria.

Iklan
Iklan

Lelaki terbabit yang menyedari kehadiran anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di lokasi berkenaan kemudiannya memberikan alasan mahu berhenti makan sebelum kegiatannya itu dikesan anggota bertugas.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Azrin Borhan berkata, operasi dijalankan susulan terdapat aduan awam berkaitan terdapat perkhidmatan kereta sewa tidak berlesen atau secara haram di lokasi berkenaan.

Iklan

Beliau berkata, operasi berkenaan dijalankan bermula jam 4 petang sehingga 7 malam.

"Risikan mendapati terdapat kegiatan teksi haram atau ulat teksi dijalankan seorang individu menggunakan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).

Iklan

"Individu terbabit didapati memujuk, merayu dan menawarkan perkhidmatan pengangkutan kepada dua penumpang warga Algeria dari Terminal 1 KLIA, Sepang ke sebuah hotel di Kuala Lumpur," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Pemeriksaan dijalankan kemudiannya mendapati Individu yang merupakan lelaki tempatan berumur lingkungan 40an itu mengambil penumpang warga Algeria.

Katanya, semakan awal mendapati ulat yang menawarkan kegiatan teksi haram ini menyasarkan pelanggan terdiri daripada warga tempatan dan warga asing.

"Siasatan awal mendapati ulat tersebut mengenakan tambang kepada pelancong berkenaan dengan kadar harga sebanyak RM90.

"Tindakan dijalankan di bawah Seksyen 205(1), Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD 2010)," katanya.

Menurutnya, orang ramai dinasihatkan menggunakan perkhidmatan pengangkutan yang sah sama ada melalui kaunter perkhidmatan yang disediakan di Terminal 1 dan 2 KLIA atau pun membuat tempahan melalui aplikasi e-hailing.

"Untuk sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau platform aplikasi e-aduan@JPJ beserta butiran pengadu dan butiran aduan," katanya.