Akmal Saleh tidak gentar ke mahkamah pertahan Islam, Melayu

Iklan
Akmal

JASIN - Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh hari ini tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin berkaitan laporan polis yang dibuat DAP Sarawak pada 12 September lepas berhubung kenyataan yang didakwa berbaur keagamaan dan hasutan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau yang tiba sekitar 10 pagi ditemani tiga peguam diketuai Shakeel Saifuzzaman serta lebih 200 penyokong termasuk kalangan ahli dan pemimpin pemuda UMNO Melaka serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memberi keterangan selama kira-kira 45 minit.

Iklan
Iklan

Bercakap kepada pemberita selepas selesai memberi keterangan, Akmal yang juga Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri berkata, kenyataannya itu adalah sebagai reaksi terhadap kenyataan Naib Pengerusi DAP yang juga Ahli Palimen Seputeh Teresa Kok dan tidak menyerang mana-mana pihak.

Akmal juga berkata, beliau tidak gentar untuk memberi keterangan di mahkamah berkaitan isu yang membabitkan kepentingan Islam dan orang Melayu.

Iklan

"Sekali lagi saya tegaskan, malah sudah berkali diingatkan agar perkara yang sensitif tidak boleh disentuh langsung jika mahu menjaga keharmonian di negara ini. Saya percaya ini adalah perkara yang bukan sahaja saya, tetapi turut menyakitkan hati semua orang Melayu Islam.

"Jadi saya serahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dan saya telah memberi kerjasama dengan baik,” katanya. - Bernama

Iklan