Simbah sup ke atas lukisan Van Gogh, tiga lelaki didakwa

Iklan
Tiga aktivis alam sekitar didakwa atas kerosakan jenayah selepas sup dilemparkan ke atas dua lukisan Van Gogh di Galeri Nasional London pada Jumaat. Gambar hiasan

LONDON - Tiga aktivis alam sekitar didakwa atas kerosakan jenayah selepas sup dilemparkan ke atas dua lukisan Van Gogh di Galeri Nasional London pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Stephen Simpson, 61, dari Bradford, West Yorkshire; Phillipa Green, 24, dari Penryn, Cornwall dan Mary Somerville, 77, dari Bradford, West Yorkshire, akan hadir di Mahkamah Majistret Westminster pada Isnin, kata Polis Metropolitan.

Iklan
Iklan

Ini berlaku selepas aktivis Just Stop Oil itu menumpahkan sup ke atas dua lukisan Vincent Van Gogh hanya beberapa jam selepas ahli kumpulan lain dipenjarakan kerana merosakkan bingkai emas lukisan Sunflowers oleh artis itu.

Dalam satu pos di platform X, yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter, Just Stop Oil berkata:"BERITA TERKINI: 2 LUKISAN VAN GOGH ‘DISUPKAN’ BEBERAPA JAM SELEPAS PHOEBE DAN ANNA DIHUKUM.

Iklan

Galeri Nasional mengesahkan pada Jumaat bahawa tiga aktivis ditangkap bagaimanapun lukisan itu tidak rosak.

Menurut satu kenyataan:"Pada 2.30 petang [1330 GMT] hari ini, tiga orang memasuki bilik enam pameran 'Van Gogh: Poets and Lovers' Galeri Nasional.

Iklan

"Mereka kelihatan melemparkan bahan seperti sup ke atas dua karya - Sunflowers (1888, Galeri Nasional, London) dan Sunflowers (1889, Muzium Seni Philadelphia).

"Polis telah dipanggil dan tiga orang ditangkap.

"Lukisan berkenaan dikeluarkan dari pameran dan diperiksa oleh seorang pemeriksa dan ia tidak rosak.

"Kami berhasrat untuk membuka semula pameran secepat mungkin.”

Phoebe Plummer, 23, dan Anna Holland, 22, dipenjarakan pada Jumaat selepas menyebabkan kerosakan membabitkan kos £10,000 (AS$13,375) pada bingkai berwarna emas karya itu di Galeri Nasional London. - Bernama-PA MEDIA/dpa