Lelaki maut kereta bertembung treler

Iklan
Keadaan kenderaan dinaiki mangsa selepas bertembung dengan sebuah treler di Kilometer (KM) 12 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Rusila, Marang pada Ahad.

MARANG - Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandu terbabas lalu bertembung dengan sebuah treler dalam kejadian di Kilometer (KM) 12 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Rusila, di sini pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa, Mohd Zakaria Abdullah, 39 meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian dada dan kepala.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintenden Mohd Razman Setapa berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika treler dipandu lelaki berusia 44 tahun menghala ke arah Kuantan.

"Apabila tiba di lokasi kejadian, mangsa yang memandu kereta jenis Proton Wira dari arah bertentangan telah terbabas ke laluan treler tersebut.

Iklan

"Disebabkan jarak yang terlalu dekat, pemandu treler tidak sempat mengelak lalu terlanggar kereta dinaiki mangsa.

"Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu treler tidak mengalami kecederaan," katanya di sini pada Ahad.

Iklan

Menurut Mohd Razman, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohamad Syafiq Amsyar Zaharuddin di talian 013-9195738 atau 09-6182222.