Brek tangan diturunkan, pacuan empat roda terjunam ke gaung

Iklan
Kenderaan mangsa terjunam ke gaung sedalam 30 meter di Bukit Kopungit Jalan Perwira, Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU - Pemandu tidak sengaja menurunkan brek tangan punca kenderaan pacuan empat roda terundur ke belakang lalu terjunam ke gaung sedalam 38 meter di Jalan Bukit Kopungit di sini pada malam Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, penumpang belakang, Bianus Asai, 67, disahkan meninggal dunia manakala tiga lagi cedera termasuk pemandu.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, siasatan awal terdapat empat individu berusia 60-an dalam kenderaan jenis Toyot Hilux tersebut.

"Ketika kejadian, kesemua mereka telah masuk dalam kenderaan tersebut yang belum dihidupkan enjin dan secara tidak sengaja, pemandu telah menurunkan brek tangannya.

Iklan
Pasukan bomba melakukan operasi penyelamatan terhadap dua mangsa selepas kenderaan mereka terjunam ke gaung sedalam 30 meter di Bukit Kopungit Jalan Perwira, Kota Kinabalu.

Tambah beliau lagi, pemandu dan salah seorang penumpang bahagian belakang terperangkap dalam kenderaan tersebut.

"Kedua-dua mereka dikeluarkan dari kenderaan dengan bantuan pihak bomba.

Iklan

"Bagaimanapun, seorang lagi penumpang belakang disyaki melompat keluar semasa kenderaan mengundur dan ditemui di luar namun disahkan telah meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan," katanya.

Kasim berkata, hasil siasatan awal mendapati punca kemalangan dipercayai disebabkan kecuaian pemandu pacuan empat roda tersebut yang menarik brek tangan sehingga menyebabkan kenderaan hilang kawalan.

"Bagaimanapun, siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu dengan melulu sehingga menyebabkan kematian," katanya.