LOS ANGELES - NASA dan SpaceX melancarkan misi penggiliran kru baharu dari Florida, Amerika Syarikat (AS) ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada Sabtu, lapor Xinhua.
Misi yang diberi nama kod 'Crew-9', membawa angkasawan NASA Nick Hague dan kosmonaut Roscosmos Aleksandr Gorbunov ke ISS. Ini merupakan misi penggiliran kru komersial kesembilan NASA dengan SpaceX.
Iklan
Iklan
Roket SpaceX Falcon 9 menghantar anak kapal menaiki kapal angkasa Dragon dari Stesen Tentera Angkasa Cape Canaveral di Florida pada 1.17 tengah hari Waktu Timur (1817 GMT) pada Sabtu.
Kapal angkasa itu dijadualkan berlabuh di ISS pada 5.30 petang Waktu Timur (2230 GMT) pada Ahad, menurut NASA.
Ahli Crew-9 akan menjalankan lebih 200 penyelidikan saintifik yang melibatkan kajian pembekuan darah, kesan kelembapan ke atas tumbuhan yang ditanam di angkasa lepas dan perubahan penglihatan pada angkasawan, kata NASA.
Kapal angkasa itu dijangka kembali ke Bumi Februari depan bersama angkasawan Crew-9, serta angkasawan NASA Suni Williams dan Butch Wilmore, yang berlepas ke stesen itu pada Jun menggunakan Boeing Starliner namun mengalami kerosakan dan telah terkandas di angkasa sejak itu. - Bernama