Kekal Akta Hasutan, kerajaan mungkir janji: Hassan

Iklan
Hassan (kanan) bersama peguamnya ketika terlepas daripada sabitan Akta Hasutan di Mahkamah Sesyen Shah Alam, sebelum ini.

JOHOR BAHRU - Pengerusi PKR negeri, Hassan Abdul Karim menzahirkan kekecewaan terhadap pemerintahan PH yang diakui tidak berpegang kepada janji telah dibuat.

Hassan yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang berkata, perasaan tidak berpuas hati itu adalah merujuk kepada manifesto PH yang telah berjanji akan menghapuskan Akta Hasutan.

Iklan
Iklan

"Saya seorang calon PH dan Pengerusi PKR negeri telah berjanji kepada pengundi di Pasir Gudang dan Johor, jika kami menang pada PRU14, Akta Hasutan yang zalim itu akan dihapuskan.

"Kini PH telah menang dan jadi kerajaan. Sebagai Ahli Parlimen saya sedih, kesal dan tidak puas hati kepada kerajaan yang saya dukung di Parlimen telah mungkir janji kepada rakyat.

Iklan

"Sehingga kini kerajaan masih enggan untuk mengambil langkah positif untuk memansuhkan Akta Hasutan itu," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Hassan yang sebelum ini pernah menjalani prosiding mahkamah kerana didakwa mengikut akta itu jelas menolak serta berpendapat ia seharusnya tidak perlu lagi diamalkan.

Iklan

"Ini adalah gambar saya bersama peguam Eric Paulsen di luar Mahkamah Sesyen Shah Alam. Ia diambil ketika saya dilepaskan dari tuduhan di bawah Akta Hasutan.

"Sebagai seorang yang pernah dituduh di bawah akta ini dan juga sebagai peguam dan Ahli Parlimen, saya amat menyedari serta faham Akta Hasutan ini adalah zalim dan perlu dimansuhkan," katanya.

Untuk rekod, Ahli Parlimen berusia 67 tahun itu juga sebelum ini seringkali lantang meskipun saranannya merujuk kepada kerajaan PH.

Sebelum ini, Hassan juga pernah menggesa kerajaan membuat kajian semula berhubung ketetapan gaji minima pekerja yang mana dirinya menganggap keputusan penetapan gaji minima sebelum itu tidak mencukupi dan masih rendah.