'Bukan sekali, tapi tiga kali curi baju dengan ampaian'

Iklan
Rakaman CCTV berhubung perbuatan lelaki mencuri baju dan ampaian. Foto: media sosial

SEREMBAN - Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki mencuri ampaian berserta pakaian milik seorang penduduk dalam kejadian di hadapan rumah di Taman Chip Aik di sini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, pihaknya menerima aduan daripada seorang lelaki berhubung kejadian pada jam 10.18 pagi Ahad.

Iklan
Iklan

"Hasil dari maklumat orang awam dan juga perkongsian oleh masyarakat melalui media sosial, pihak polis berjaya menahan seorang lelaki 30-an berserta rampasan yang dipercayai dicuri dalam kejadian ini.

"Kes diklasifikasi sebagai kes kecurian harta benda dan disiasat di bawah seksyen 379 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Iklan
Sebelum ini tular di aplikasi X video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang lelaki melakukan perbuatan tersebut pada waktu siang malah mendakwa itu merupakan kejadian ketiga. Foto media sosial.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang membantu menyalurkan maklumat dan membuat perkongsian melalui media sosial sehingga tertangkapnya pelaku dalam kes ini.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga menyeru saksi kejadian untuk tampil memberikan keterangan dengan menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis (IPD) Seremban, Sarjan Mohd Hazrat Abdul Rashid di talian 011-619229004," katanya.

Iklan

Sebelum ini tular di aplikasi X video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang lelaki melakukan perbuatan tersebut pada waktu siang malah mendakwa itu merupakan kejadian ketiga.